Penjara Taiping

Penjara Taiping terletak dikawasan Taman Tasik Taiping dan dipersimpangan Jalan Taming Sari, Jalan Kamunting Lama, Jalan Lumba Kuda dan Jalan Taman Tasik. Bangunan yang berhampiran yang boleh dilihat ialah Muzium Perak, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Klian Pauh dan Hotel Seri Malaysia. Ia ditadbir di bawah Jabatan Penjara Malaysia.Penjara Taiping ditubuhkan pada tahun 1879 dan merupakan kompleks penjara yang pertama, dan penjara moden tertua di Malaysia. Ia juga merupakan kompleks penjara terbesar pada masanya. Pada tahun 1881 [warden Sikh dibawa masuk untuk membantu warden tempatan dan pelatih vokational dibawa masuk dari Hong Kong bagi memperkenalkan industri berguna dalam penjara. Pada tahun 1882 terdapat tindakan bagi menempatkan tahanan menurut kategori. Pada tahun 1889 seorang warden Eropah dilantik. Dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, penjara Taiping menjadi pusat tahanan bagi tahanan tempoh panjang dari Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor. Pada tahun 1923 sistem "Lawatan Hakim" telah diperkenalkan. Industri penjara telah dikembangkan dan termasuk kerja cetakan, penghasilan kain, menjait dan kerja tangan rotan dan kerja besi. Pada tahun 1924 kerja batu dihentikan dan diganti dengan mengupas kelapa. Semasa Perang Dunia Kedua semasa pendudukan Jepun (1941-1945), penjara Taiping digunakan sebagai penjara awam dan juga sebagai pusat tahanan perang Jepun. Pada tempoh ini kesemua rekod mengenai penjara dan tahanannya musnah.[1]